• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • my little girl n fever

    Friday 9 September 2011
    Subahannallah..macam suatu mimpi yang tak boleh aku gambarkan..tapi aku nak kongsi dengan kawan2 semua.dan melalui pengalaman yang aku ada sedikit sebanyak telah membantu aku mengatasi dugaan ini.

    26 ogos 2011 - 5 sept 2011 : Cuti hari raya 

    6 Sept 2011: badan qeesya dh mula suam2 kuku, bila time malam suhu badan 38.3.tinggi jugak.tapi aku jelum dengan air asam jawa,dan biarkan dia tido tak berbaju.pukul 3 pagi baru tido.tu pun sejam je..

    7 sept 2011 : kerja mcm biasa walhal hati risau teringgat anak kat rumah pengasuh..call pengasuh tapi qeesya dh ok dan boleh sembang2 lg. habis je keja terus pecut balik rumah n terus g rumah pengasuh. kebiasaannya balik dari keja aku akan singgah rumah dulu untuk mandi, solat dan sapu sampah. Then baru akan turun semula untuk ambil qeesya. tapi hati tak senang duduk, rasa mcm terus nk jumpa qeesya n peluk2 dia. sampai rumah pengasuh tengok qeesya dah mau main, badan pun tak panas sgt tapi suam masih ada. seperti biasa      kalau bukan puasa aku akan masak n makan apa yang ada, maklum la nak isi perut sorang je.belasah aje..kalo megi yang ada megi jawapannya, kalo ikan bilis goreng dgn telur pun aku rembat.asalkan perut boleh alas n kenyang. bila pas maghrib je aku try pegang badan qeesya n test suhu badan dia.suam nya agak tinggi, then aku test guna termometer..37.9..emm ada bakat nk demam lagi malam ni(dlm hati aku). bagi makan ubat bagai, jelum dgn air asam jawa, semua aku dah buat.ntah mcm mana aku tertido dek kerana letih sgt sebab semalam aku tak tido.

    8 sept 2011 :aku terjaga balik pukul 12.05 am. terpanggil untuk pegang badan qeesya yg time tu tengah tido dalam buai...masyaallah panas nye..aku pun kelam kabut buka semua pampers n jelum dengan air."papa, badan anak panass sangat.."masej yg aku hantar pada suami. "nak papa datang ke?"pa pun balas."tak pe la pa, tggu esok je la , ni pun dh tengah malam,risau plak mama nanti."sepanjang malam aku tak tido sampai la pkul 3.12 am bila aku nak jelum badan qeesya tiba2 aku tengok mata qeesya dah juling ke atas.tangan dia genggam sambil terketar2..bernyawa mcm tak lepas.kaki kejang.ya allah anak aku!! nasib dulu aku pernah tengak adik aku sawan. abah campak dalam kolah air.adik terus sedar.tapi kat rumah aku tak ada kolah.aku pun terus kebilik air dan simbah dengan air pili. tak ada apa2 reaksi.ya allah apa yang aku nak buat. time tu cari kunci rumah pun tak jumpa,nk g ketuk rumah kakak kat depan tu. bila dah boleh keluar aku pun terus g rumah jiran depan rumah..ketuk 2,3x pun tak buka lagi.iye la pukul 3 pagi org nk buka pun fikir banyak kali.bila kakak tu buka je rumah terus dia panggil aku masuk.suami dia baca doa demam panas tiub kat ubun2 qeesya baru la dia kencing dan nangis. Alhamdulillah dah sedar anak mama.terus aku suapkan susu.sambil tu aku call k.nana minta tolong bawa qeesya ke klinik Hope Children. samapi je doct cek suhu 39.6 sangat tinggi..terus admit wad pada pukul 4.00 am. 



    p/s : 1-doct cakap kalau dah biasa demam tarik sawan you kena berhati2 sampai umur 7 hingga 8 tahun    
              sebab nanti bila dia demam dia akan tarik lagi.saya aka spare ubat untuk you bila dah keluar wad nanti
           2-bila berlakunya sawan you tak perlu goncang dan kejutkan dia..you just bagi dia baring dan mengiring 
              di sebelah bahu kiri atau kanan supaya cecair yang keluar dari mulut dia dapat keluar.then you sumbat 
              ubat di punggung dia. lepas tu terus bawa ke hospital atau klinik.
        
    YA ALLAH SEMOGA LEPAS NI AKU TAK AKAN TENGOK LAGI ANAK AKU JADI MCM NI..DAN AKU AKAN LEBIH BERHATI2 BILA QEESYA DEMAM. SEMOGA INI ADALAH PERMULAAN DAN TERAKHIR AKU MELIHATNYA..AMIN

    handmade craft (officemade)hehehe..

    dah lama..lama...dan lama sangat aku tak luahkan apa tersimpan di hati aku ni..alhamdulillah arini aku diberi kesempatan untuk men`up date' entri aku ni...dengan kesibukan di office dan rumah aku tak berpeluang menyusun jemari untuk menaip cerita2 menarik dlm blog ni..

    Apa yang aku nk kongsi selama 2 bulan ni ialah aku sibuk dengan bisnes kecil-kecilan aku dan shiela di office.ceritanya bermula begini..satu hari tu aku dgn shiela tgk2 FB tentang headband baby n handcraft menggunakan kain felt. so dengan kegilaan kami berdua telah bersetuju untuk memulakan bisnes kami 2 mggu sebelum raya. Time ni kami dah mula kumpul bahan mentah dan desing2 yang terbaik untuk pelanggan. dalam masa yang singkat je, tak sangka ramai yang berminat dengan kerja tangan kami berdua.

    kadang2 aku dan shiela sanggup bersengkang mata menyiapkan tempahan pelanggan sampai pukul 2,3 pagi.sebenarnya bukan duit yang kami kejarkan, tapi kepuasan hati. sebab aku dan shiela ni mempunyai minat yang sama. mana tak nya bab2 nak dandan n siapkan anak semua nak sama.hehehe.pendek kata dari sekecil2 benda sampai sebesar2 benda semua nk sempurna untuk anak. mula dari kaki sampai hujung rambut semua nk beli.
    ni aku lampirkan sedikit hasil kerja tangan dan tempahan pelanggan yang dah pun disiapkan





    banyak jugak tempahan sebelum dan selepas raya ni, sampaikan si shiela ni dah siapkan satu blog untuk bisnes ni..qeesyaqaisaracraft.blogspot.com dan FB qeesya qaisara craft. bab2 nak publish ni mmg aku serah sepenuhnya kat shiela.sebab dia mmg arif pasal benda2 ni. aku plak akan fokus bab2 tempahan dan produk. amacam??terbaikkkkkkkkkk... untuk maklumat lanjut dan tempahan bolehlah melayari blog dan fb kami ek..bye
     HAPPY SHOPPING


    balik kampung ber2 lagi..

    Monday 11 July 2011
    siyok sangat bila minggu lepas Penang cuti sebab menjadi tapak warisan sejarah..cuti tu hari Khamis sebenarnya..tapi beliau dah apply cuti hari jumaat sebab nak direct trus weekend. so dapat la cuti 4 hari. sedang bergumbira dengan cuti beliau yang 4 hari, suami beliau telah menghantar masej dan memberitahu bahawa dia telah terima memo untuk berkursus selama 2 minggu bermula dari 8 julai 2011 sehingga 17 julai 2011 termasuk weekend..adoi, sungguh mendukacitakan. tapi disebabkan kursus induksi maka beliau terpaksa mengiyakan aje.

    ini bermakna beliau dengan anaknya terpaksa balik together gether ke kampung yang dah sebulan tak balik dek kerana tugas2 yang tidak dapat dielakkan..lalu, berbekalkan satu azam n tekad pada pagi hari khamis  jam 8.00 am yang lepas beliau bersama anak kesayangan nya telah menyusuri jambatan pulau pinang yang telah mincipta beribu2 cerita, dan lebuhraya PLUS yang penuh dengan speed trapnya (2x dah kena saman) untuk menuju ke kampung halaman.

    nasib si anak beliau tidak meragam, kalo meragam pun beliau akan pura2 buat ignore je selagi perjuagan belum selesai..ingat senang beliau nak drive dari penang ke kampung yang mengambil masa lebih kurang sejam setengah paling lama(kalo tak jem) kalo beliau speed boleh sejam atau sejam suku(sebab tu kena saman)..ngeh..ngeh..ngeh..makan duit orang free je mereka ini.hampas betoi..

    dalam perjalanan beliau terpaksa mengcontrol jiwa.. sebab beliau rasa gementar juga dah lama tak balik berdua dengan anak.akhirnya beliau sampai ke kampung pada pukul 9.05 am. ALHAMDULILLAH..

    *malam ni beliau malas untuk mengupload gambar sepanjang perjalanan balik ke kampung..tunggu esok kalo beliau rajin dan tidak sibuk untuk meeting beliau akan upload wajah2 keriangan anak nya pulang ke kampung dengan bantuan car seat yang banyak berjasa.(tak sia2 beliau beli)

    Impian pertama sudah tercapai...YES

    Wednesday 6 July 2011
    Hari ini merupakan detik sangat manis dalam hidup aku..akhirnya apa yang aku impikan sudah tercapai. saat2 bersama anak pada ketika ini sungguh bermakna..ingin aku hamparkan sejadah, menyarungkan telekung..berdoa dan mengukir senyuman tanda kepuasan dan kesyukuran yang tidak terhingga pada mu YA ALLAH..

    alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk tinggal bersama2 dengan anak ku..yang kini telah genap 7 bulan. Kini hampir setiap hari menanti jam untuk pulang dari kerja dan mengambil qeesya di rumah pengasuh. Kekosongan hidup yang aku lalui dahulu kini telah terisi sedikit walaupun belum penuh dengan kebahagiaan.

    Sesungguhnya keredhaan atas sesuatu ujian ALLAH itu adalah tanda kesyukuran..aku redha atas segala ketentuan mu YA ALLAH, andai kebahagian yang akan aku terima nanti adalah di penghujungnya...dan aku tidak pernah henti mengucapkan syukur kepadamu..

    aku harap semuanya akan lancar dan diberi kesihatan yang sempurna untuk menjaga dan menguruskan rutin harian ku..semoga akan dipermudahkan segalanya..amin..

    hujung minggu yang terganggu!!

    Monday 4 July 2011
    hujung minggu yang lalu g jalan2 kat padang kota..saje bawa anak g jalan2..ramai la plak orang kat padang kota time tu..dah letih bejalan p pekena char koew teow dengan ABC kat Padang Kota..sambil2 berjalan lepak2 tengok orang mancing ikan..tub..tub..tub..tengok jam dah pukul 6pm.Tetiba teringat anak tak makan lg..patut la tak mau duduk asyik nk bunyi je.g cari kentang rebus,nasib baik ada..sambil suap2 anak makan.ada sorang budak lelaki tegur "akak baby tu makan apa?..Ubi kentang rebus..COMEI la nama apa akak?..aku jawab Qaseh Nur Qeesya..rupa2nya kat situ ada family budak lelaki tadi.

    Dalam hati aku dok terfikir pasai pa la budak lelaki ni ramah sangat?rupa2nya mama dia suruh datang ambik qeesya.depa nak main dengan dia..arghhhhh..tak mau la aku tengok family depa menakutkan..bukan aku nak memperlekehkan..tapi dr segi pakaian, adab dan percakapan..Masyaallah..teruk sangat kot..aku jadi serba salah..then slumber aku cakap kat budak tu.."adik ni nak makan,dr tadi dia menangis tak mau duduk sal akak tertinggal makanan dia dalam keta.ni akak pun nak balik dah".apalagi cepat2 aku ajak si suami blah dari situ.

    Sekian,hujung minggu yang terganggu.........zassssssss
    dak tembam..

    sama besar dengan papa..ngehh..ngehh

    terpejam2 mata tu kalo ambik gambo..

    hebat sungguh anak mama ni..

    mesyuarat agung dan sambutan jubli emas KPPTSM

    Sunday 26 June 2011
    Dah lama tak update entri ni kan..sibuk sikit minggu lepas dengan penganjuran mesyuarat agung dan sambutan jubli emas KPPTSM, mana tak nya tahun ni Penang diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi menganjurkan mesyuarat dwi tahunan ini. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. thanks kepada semua yang terlibat dan tidak lupa kepada ahli2 yang turut hadir menjayakan mesyuarat tersebut..

    Persiapan yang diatur dan dirancang sejak 7 bulan yang lalu akhirnya telah berakhir dengan jayanya..syukur yang tidak terhingga..sedikit aturcara sepanjang majlis raptai dan kemuncak persiapan pada majlis makan malam penutupan.

    SELASA : persiapan beg2 peserta dan memasukkan buku2 cenderahati bg peserta yang telah mengesahkan
    kehadiran beserta bayaran yuran
    KHAMIS: mesyuarat terakhir sebelum raptai penuh akan diadakan pada pukul 3 pm.
    JUMAAT : ketibaan para peserta untuk mendaftar (makan durian) nyum..nyum..
    SABTU: mesyuarat berlangsung pada pukul 8am-3pm
    malam - majlis penutup dan makan malam
    gambar tak bnyak sangat yang sempat aku ambik..cozz sangat sibuk sempena menjadi tuan rumah untuk meeting kali in..tapi memang enjoy n happy sangat.


    as saadah..banyakkan susu

    Monday 20 June 2011
    minggu lepas aku tertarik pada satu produk yang aku baca dari FB dalam kump. ibu2 menyusukan iaitu produk menambah susu badan..actually dah lama nak cari produk ni tapi tak tau yang mana yang ok.bila terbaca testimoni sal produk ni nmpak mcm best..aku pun tanpa berfikir panjang terus transfer duit RM80 untuk 200 kapsul..2 ari jugak aku tunggu..last2 today barang tu sampai ..hati ni berbunge2 nak makan cepat2 n tak sabar nak pump susu untuk tengok hasilnya..

    untuk pengetahuan produk ni ialah produk homeopathy yang diberi nama as-saadah. buat permulaan makan 4 biji 4x sehari..bila produktiviti dah bertambah kurangkan dos die n maintain jew dengan dos baru..malam ni aku dah try makan..makan nye plak kene gigit atau kemam macam makan gula2..baru la berkesan..so kita tggu esok apa hasilnya..

    4biji  4x sehari

    4 biji sekali seminggu

    makan kena kemam mcm gula2..aiyakk sungguh tidak enak lor..