• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Wednesday 27 April 2011
    sabtu n ahad yang lepas g kenduri kat kampung suami..seronok jugak kalo g kenduri anak tak meragam. Balik dari kenduri sempat lg mkan MCD n singgah rumah kawan sekolah yang baru kawen hjg bulan lepas. seronok n bahagia sangat bila tengok suami istrei hidup bawah satu bumbung dengan ikatan yg sah. Tapi aku tak pernah rasa mcm tu. walau dah kawen n ada anak masih hidup berasingan..aku sentiasa berdoa agar suatu hari nanti ALLAH akan memakbulkan hajatku ini.

    Tetapi aku redha dengan ketentuan ilahi andai ini adalah yang terbaik untuk hidup aku dan keluarga ku.mungkin ini adalah ujian dariNYA. Percayalah dalam hati ini tidak pernah berhenti berdoa agar suatu hari nanti aku dapat hidup bersama-sama suami dan anak. Aku juga insan biasa yang ingin hidup di samping orang yang aku sayangi..adoi sedih la plak, rasa sebak betul dok sorang2 ni..mampukah aku terus begini YA ALLAH.


    first step :>

    Wednesday 20 April 2011
    Teruja bila tgk anak dah pandai nk mengiring..mama dia tak sabar. kadang2 siap tolong pusingkan badan anak tu bagi meniarap. last2 kena marh dengan mak kat kampung. mak kata jgn angkat anak tu biar meniarap sendiri nanti tak boleh berdikari. huhuhu.. jgn la marah mak. mana la nak tau kan.



    Terasa cepat masa berlalu, ank mama pun dah makin tembam n sihat. selepas solat ma sentiasa doa anak mama diberi kesihatan dan di jauhkan dari sebarang penyakit. Cuma kadang2 ma rasa terkilan sebab tak boleh jaga anak mama sendiri. Tapi insyaallah ma akn usahakan untuk mencari pengasuh yang dekat dgn rumah mama supaya qeesya boleh tgl dgn mama.

    keseronokan bercuti

    Wah best betoi dapat cuti 4 hari..sebenornye begini..niat nak bercuti tu dari kursus mggu lepas lagi. Cadang nak ambik ISNIN dgn SELASA. Penat awak memikior nk cuti ke tak..keja byk menunggu kat opis. Mana dgn meeting nya, report nya, gosip, shopping on9, tu belum nak collect order untuk 4 time bisnes kosmetik.. Tapi kita hnya mampu merancang ALLAH yg tentukan, balik je kursus anak tak berapa sihat, mau tak mau awak ambik la cuti jgk. yang bestnya ari selasa besday sultan Perak, laki awak cuti..dengan awak2 skali cuti.

    Paling best dapat meluangkan masa dengan anak n suami..pasti terbaik la..Mana tak nya g tesco beli barang rumah main tarik2 je, sampai cashier semua skali rm115.45. Bayor ler..hehehe.Adoi duit skarang kan tak nampak pun beli apa..tup..tup dah seratus.

    Pastu boleh tahan lagi, tengok mood anak pun tak meragam..kita g Queensbay pa. JOM.. Banyak sikit pilihan makanan. McD dh selalu, KFC pun sama, pizza lg tak mau. Tempat makan yang menjadi pilihan kali ni kenny rogers..boleh tahan la.sedap tapi tak boleh makan byk2., cept rasa mual. Ape2 pun TQ papa sal belanje mama n qeesya.

    Sayang anak papa

    muka qeesya bulat mcm belon ni ke papa?

    seronoknyeee..


    rezeki dari ALLAH..

    Wednesday 13 April 2011
    Kat sini aku ada 2 cerita..first rezeki untuk baby Qeesya..sekarang aku mood berkursus di INSTUN.. perghhhhhhhhh!! rindu sangat kat anak. Mak mana la tak rindu  kat anak bila berjauhan mcm ni..semalam aku call pengasuh Qeesya (mama yong). Mama Yong said "Ani teringat kat anak ke?malam ni anak meragam tak mau tido..susu dah byk kali minum.Asyik menangis je..masuk buai pun menangis"..Adoi mula la hati aku gelisah..nape syg mama ni, jgn la meragam..tak tenang mama dibuatnya. aku pun mula la berkira2 hari untuk balik ke Penang.

    Susu yang 16 botol mama bg kat mama yong tak sampai 2 hari dah habis.kuatnye nyusu..terpaksa la mama yong beli susu tepung ..Agaknya susu tu tak sesuai dgn syg kot..sabar ye,mggu ni mama bawa balik banyak stok untuk anak mama ni..semuanya rezeki untuk Qeesya.
    stok untuk Qeesya

    Then, cerita kedua pasal rezeki dari kampung hehehe..ni rezeki untuk mama n papa Qeesya plak..Tadi tengah semangat dengar penceramah bercakap tiba2 enset aku bergetar, jelas terpampang nama 'MY FATHER'. Nak jawab ke tak mau, nak jwb ke tak mau..risau jgk takut ada apa emergency dr kampung. Alamak tengok muka penceramah mcm gerun la plak nk jwb panggilan tu..tapi tak pa, kuar g toilet jap..

    "hello assalamualaikum abah..tadi dalam kelas sal tu tak jwb ph..ada apa abah call?? my father said: "tak da apa, nk bg tau pagi tadi kolam kita  dapat 3 pair, tapi 1 pair tak boleh pakai sal tak ada urat n mata anak ikan lagi. yang ok 2 pair ja.semua total anak ikan 76 ekor.."dalam hati tak henti2 mengucapkan syukur padamu ya allah kerana memberikan rezeki ini. semoga kami tidak terus lalai dan leka dari mengingatimu..
    ALHAMDULILLAH..rezeki keluarga dan anak.AMIN
    family bisnes..memang masyuk..

    hanya ber'2'...

    Monday 11 April 2011
    Minggu ni papa tak dapat datang Penang coz ada keja yang kena siapkan..katanya nak buat 5S kat opis..ok, nampaknya ma kena g amek Qeesya sorang2 la kat rumah pengasuh(Mama Yong). Kebiasaannya kat Penang ni time hari jumaat je mesti jem..haih!bosan..tapi peduli dengan semua tu..mama tetap nk g amek Qeesya n tgl dgn mama kat rumah. Sebab kalo tak jumpa anak mama ni, mama mesti rindu sal minggu depan mama nak g kursus 5 hari kat INSTUN, Tanjung Malim.

    Balik keja mcm biasa mama la orang pertama yang memecut ke depan pintu lift..bukan apa takut nt jem bertambah teruk kalo 5 minit lewat ke tempat parking. Hati ni berbunga2 nak jumpa si puteri.. Dengan harapan anak mama nak duduk diam2 dalam car seat nanti..Sampai sg. Ara dah pukul 6.10..ambil anak n trus balik..jem tu biasa la sampai rumah dalam pukul 7.semua selamat alhamdulilah..Qeesya pun merengek kecil je dlm keta tadi.

    Time malam, anak mama buat hal tak mau tido n asyik nk suruh buaikan aje..time2 ni mula fikir nak beli buai electric coz mmg tak boleh buat keja apa pun..mama plak asyik bok naik, bok turun, bok naik, bok turun..nyusu sudah, mandi sudah..o mama lupa,mesti sakit perut ye..mama nye pun satu.kat opis main hentam je nak makan apa..anak tu nyusu badan kan dah kembung.pas mama urut dengan minyak tiba2 mama dengar bunyi puttt..putt..opss malu la anak mama ni kentut rupenye..ok sekarang baru selesa nk tido.
    Baru la boleh tido..dah cukup syarat2 nya..hehehe

    Hari sabtu tak ada aktiviti apa2 pun, main  dengan Qeesya n masak apa yang patut..tiba2 ada orang ketuk pintu plak..jeng3..sapa plak la kan..aku buka pintu, rupa2nya jiran aku datang hantar nasi kenduri..
    alhamdulillah rezeki mama.

    Hari ahad, mcm biasa jgk..tak ada apa yang menarik..kemas baju ckit2 untuk g kursus..Qeesya plak tido je..kadang2 kejut jgk untuk minum susu dan ajak main2..dah pandai tarik rambut mama nak masukkan dalam mulut..nak kena babap ni..bila asyik main..tiba2 ada lg orang ketuk pintu lg(dlm hati tak kan ada org hantar nasi kot??)..dr bawah  pintu aku tgk ada seorang perempuan pakai kain batik. Dah lama ckit,dia beralih ke rumah sebelah. Mula naik meremang bulu roma, dia nak apa ye??aku tak terus buka pintu aku berjalan n tgk kat tingkap dapur. Tapi bila aku berjalan je,tiba2 dia patah balik ke depan pintu rumah aku. n bagi salam..aku jawab dlm hati tapi tak buka pintu..then tau mak cik tu cakap apa.."astafirullah hal azim..masyaallah..tadi dah nampak bayang2 org jalan mai ke pintu,tapi awat tak buka pintu anak oii..sampai hati buat mak cik mcm ni." Subahanallah mak cik..bukan niat anak mcm tu..aku tak kisah kalo mak cik tu peminta sedekah..tapi aku takut kalo dia ada niat lain.zaman sekarang kena hati2 tambah2 aku ber'2' je kat rumah time tu.

    Petang ahad, hati mula sayu dok fikir2 malam ni aku tggl sorang kat rumah..2 malam yang lepas anak menemani tidur aku..tengok cuaca kat luar mcm nak hujan, mendung je..risau jugak jap g nak hantar Qeesya kat rumah mama yong die. Lepas bagi mandi siap2 anak sambil sembang2 dengan Qeesya. "nanti kat rumah mama yong jangan nakal2 ye, jangan nangis..jgn meragam..ma g kursus kejap je,nt balik mama ambik anak mama ye."tanpa di duga ada air jernih yang mengalir. Aku cuba memujuk hati..tak tertahan rasa rindu bila berjauhan nanti..ok sayang,time to go....

    SeKadAr BerKOngSI "BF"!!

    Sunday 10 April 2011
    FUYOOO..Bukan kerana tajuk..hehehe
    jgn salah anggap ye..BF kat atas tu bukan Boy Friend tapi Breast Feeding..tujuan utama aku joint buat blog ni adalah mencari kawan2 dalam usaha yang sama untuk memberi susu badan kepada bayi2 mereka. Aku masih kurang ilmu dlm bab2 ni walaupun dah 5 bulan aku melahirkan anak sulung ku..

    Tapi syukur alhamdulillah, Walau pun aku tidak bersama dengan qeesya setiap hari dan malam tapi aku sentiasa berdoa dan berniat dalam hati supaya ALLAH tidak menarik nikmat susu yg diberikan NYA ini untuk aku berikan kepada puteriku.."YA ALLAH kau jadikan lah nikmat susu ini untuk anakku..agar ia menjadi penyambung kasih sayang antara kami, YA ALLAH..jangan lah engkau keringkan susu ini sebelum sampai masanya kerana hanya engkau yang Maha Pemberi. YA ALLAH, kau berikan lah zat2 yang tebaik pada setiap titik susu yang mengalir dalam tubuh anakku agar dia selamat dan sihat. Amin..

    Sebenarnya sejak kandungan aku  3bulan aku sudah berniat dan berazam akan memberi susu badan kepada anakku yang bakal lahir..Alhamdulillah..berkat azam ku itu..selepas bersalin aku terus mencari breast pump untuk kegunaan aku sepanjang aku berada di pejabat. Breast pump pertama yang aku beli ialah pureen manual..masyaallah sakit ya amat..rasa nak baling ke dinding je.susu pun dapat ckit. Then cubaan ke-2 aku membeli pureen battery, ok ckit tapi stay sakit lg..paling tak tahan susu ckit n tak keluar sepenuhnya, Rupanya kalo susu tak keluar habis breast akan bengkak dan  mula rasa nak demam, balik rumah sangkaan ku benar belaka, apalagi telan panadol sebijik trus tido sampai pagi.

    Bila fikir2 balik, Qeesya tak tinggal sekali dengan aku mcm mana la kalo hari2 guna pump battery..mau hari2 aku telan panadol..aku tak berputus asa..cari punya cari aku tanya member aku kalo2 ada electric breast pump.dia cakap beli on line murah..so aku pun mula la survey mana yg ok dan termampu. akhirnya aku jumpa  jenama speCtra. Ok jgk beli yang pakej punye..berbaloi-baloi.

    Sekarang alhamdulillah boleh buat stok n boleh beri sepenuhnya susu badan..semua nya berkat doa dan usaha aku untuk anak yang tersayang. Terasa sedih naluri aku sebagai seorang ibu kalo qeesya dah tak nak nyusu badan..sebab itu lah pengikat kasih sayang mama dan qeesya bila berjauhan. Insyaallah selagi mama termampu mama akan beri yang terbaik untuk anak mama. Cayanggg kamo..
    Ni la Breast Pump tu..ada lagi yang canggih tapi ni je yang mampu
    Double pumping..cepat n menjimatkan masa
                                          
    Ini la hasilnya..thanks mama..qeesya 4 bulan dah 6.4kg tau

    hEpY bESDay MamA

    Saturday 9 April 2011
    Masih tak terlambat kiranya untuk mengucapkan hepy besday untuk aku yg genap berumur 26 tahun..semoga panjang umur dan diberkati ALLAH hendaknya..Syukur padamu YA ALLAH kerana dipanjangkan umur hingga ke hari ini..

    Aku sentiasa berdoa agar nafasku dan  nadiku berdenyut supaya dapat mengharungi hidup bersama insan2 yang aku sayangi..

    Pada tarikh 06/04/2011 genap umur ku 26 tahun sekaligus membawa seribu makna dlm hidup aku..selain menyambut hari lahir bersama seorang puteri aku diberi kejutan oleh suami ku..thanks papa coz sudi menghantar kek, bunga n coklat tu..semua nye cantik n sedap..

    betul2 tak sangka..balik je dari site..tgk2 atas meja dah ada semua benda tu..terkejut n teruja..sambil dalam hati dok tanya "sapa plak yg hntr semua ni or ada org yg nak kenakan aku"?Tapi sebaik je baca ucapan pd kad tu dari insan yg aku sayangi aku btl2 terkejut.."JUST SENDING U A NOTE TO SAY HEPY BESDAY MAMA...PAPA N QEESYA"..hilang rasa letih g site tadi..

    Walau pun jauh dari papa n qeesya, hati ini tidak henti mengucapkan syukur alhamdulillah kerana terasa bertuah diri ini dikurniakan insan yg betul2 menyayangi aku..syukur sekali lg kepadamu ya allah..

    terima kasih yang tak terhingga kepada kawan2 ku yang sama2 sudi menjayakan majlis yang tak seberapa ini.
    jasa dan pengorbanan kalian akan dikenang sampai bila2.

    ok jom layan..sedikit foto sepanjang besday aku..
    suke sgt dgn kek ni..TQ
    Bunga 3 kuntum..meaning is "I LOVE U"
    terbalik plak gambar ni
     :)
    hepy always