• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • mesyuarat agung dan sambutan jubli emas KPPTSM

    Sunday 26 June 2011
    Dah lama tak update entri ni kan..sibuk sikit minggu lepas dengan penganjuran mesyuarat agung dan sambutan jubli emas KPPTSM, mana tak nya tahun ni Penang diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi menganjurkan mesyuarat dwi tahunan ini. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. thanks kepada semua yang terlibat dan tidak lupa kepada ahli2 yang turut hadir menjayakan mesyuarat tersebut..

    Persiapan yang diatur dan dirancang sejak 7 bulan yang lalu akhirnya telah berakhir dengan jayanya..syukur yang tidak terhingga..sedikit aturcara sepanjang majlis raptai dan kemuncak persiapan pada majlis makan malam penutupan.

    SELASA : persiapan beg2 peserta dan memasukkan buku2 cenderahati bg peserta yang telah mengesahkan
    kehadiran beserta bayaran yuran
    KHAMIS: mesyuarat terakhir sebelum raptai penuh akan diadakan pada pukul 3 pm.
    JUMAAT : ketibaan para peserta untuk mendaftar (makan durian) nyum..nyum..
    SABTU: mesyuarat berlangsung pada pukul 8am-3pm
    malam - majlis penutup dan makan malam
    gambar tak bnyak sangat yang sempat aku ambik..cozz sangat sibuk sempena menjadi tuan rumah untuk meeting kali in..tapi memang enjoy n happy sangat.


    as saadah..banyakkan susu

    Monday 20 June 2011
    minggu lepas aku tertarik pada satu produk yang aku baca dari FB dalam kump. ibu2 menyusukan iaitu produk menambah susu badan..actually dah lama nak cari produk ni tapi tak tau yang mana yang ok.bila terbaca testimoni sal produk ni nmpak mcm best..aku pun tanpa berfikir panjang terus transfer duit RM80 untuk 200 kapsul..2 ari jugak aku tunggu..last2 today barang tu sampai ..hati ni berbunge2 nak makan cepat2 n tak sabar nak pump susu untuk tengok hasilnya..

    untuk pengetahuan produk ni ialah produk homeopathy yang diberi nama as-saadah. buat permulaan makan 4 biji 4x sehari..bila produktiviti dah bertambah kurangkan dos die n maintain jew dengan dos baru..malam ni aku dah try makan..makan nye plak kene gigit atau kemam macam makan gula2..baru la berkesan..so kita tggu esok apa hasilnya..

    4biji  4x sehari

    4 biji sekali seminggu

    makan kena kemam mcm gula2..aiyakk sungguh tidak enak lor..

    seperti yang dijanjikan

    Pagi sabtu,awal papa bangun..awal lg pada baby qeesya.. pas mandi trus g dapur..pa ckp nk masak untuk mama..ni yang buat mama senyum meleret..TQ honey..kalo en suami dah ke dapur si isteri malas nak masuk campur..tapi en suami buat keja kemas betul..bila dah siap2 masak semua ats sink di basuh n dapur di lap nya..bagus3...kalo si isteri nya masak macam nak berperang plak..siap kadang2 si suami cakap "aii bekas garam ni mmg letak kat sini ke?" ala papa ma tak sempat nak kemas la."

    seperti yang papa janjikan papa nak masak sup perut..dari menyedia bahan2 sampai la memasak papa yang buat sendiri..sekali sekala nak rasa air tangan suami tak salah kan..diam2 ma datang blakang n snap beberapa pict..terror la mcm chef plak suami aku..hehehe.terasa bertuah nye badan kalo tiap2 hari ada orang tolong masakkan..

    "papa, ma nak belajar jugak la..nanti balik kampung asyik kena perli je..malu arr.hehehe..pa cakap senang je..sup ni main campak2 je pastu rebus la sampai masak. ha..ni kan dah siap..sambil2 baby tido ma siapkan goreng lauk,buat air oren,pastu goreng sayur sikit. simple but mmg sedap..yumm..yumm..
    pandainyerr..

    ni mama masak..hahaha

    lauk yg tinggal 2 ketoi..

    makan sup wajib kena ada ni..

    dari tangan seorang chef...

    kelam kabut

    Saturday 18 June 2011
    Selepas selesai solat isyak aku bergegas-gegas ke Tesco nak beli barang2 untuk en suami  nak masak sup perut. harap2 sempat membeli belah sebelum en suami sampai ke Penang dengan bas Sri Maju nya.baru sampai kat parking tkt 2 tesco bunyi masej masuk.."mama kat mana dah,? papa dah sampai bukit tambun".. teeeeeeeett!!!

    Arrrrrrrgh !!! cepat2..banyak benda nak beli, maklum la kat rumah tu dapur jarang2 sekali berasap.so semua barang yang en suami pesan mmg tak ada kat rumah sudah semestinya nak kena beli. sampai kat barang2 dapur terus capai2 n tauk2 je dalam troli..lantak kau la..ape yang aku senarai itu je yang aku ambik.

    siap beli semua aku pun trus menuju ke Hentian Bas Sg Nibong..elok aku sampai kat traffic light tengok2 bas en suami dah ada kat depan. Alhamdulillah timing yang agak betul.hehehe..siap ambik papa pukul 10.00pm trus g makan kat restoran TTDI bukan kat subang jaya tau..ni caw. dia kat Penang.

    Bila perut sudah kenyang trus g rumah mama yong nak ambik si buah hati, lepak2 jap sambil tengok Maharaja Lawak. pukul 11.45pm sampai la ke rumah.


    suka sangat nak nyanyi2 kan..padan muka!

    Thursday 16 June 2011
    korang2 aku malu weh..korang nak tau tak..seperti biasa selepas azan magrib aku akan ke balkoni rumah sambil tengok2 permandangan Masjid Negeri la kan..konon2 nak cari feel la..tiba2 ringan plak mulut ni bercakap-cakap sorang2.


    "Ya ALLAH aku bersyukur dengan kurniaan mu, aku redha dengan ujian mu dan aku tabah mengharugi liku2 hidup ini.semoga ENGKAU kuatkan iman ku , teguhkan pendirian ku dan peliharaan kesabaran ku untuk meneruskan kehidupan ini ya allah."

    pastu terpandang plak mak cik kat bawah yang setia setiap hari bersama warung char koew teow nya..mak cik tu lagi tabah wei..dari mata kasar aku tengok dia akan datang dengan proton saganya untuk membuka warung. kemudian mengangkat tong gasnya,kerusinya..bahan2 masakannya..sungguh kuat mak cik ni..dalam hati tertanya2 ke mana suami dia?ke mana anak2 dia?kenapa dia seorang diri tanpa bantuan sesiapa? adakah nasib mak cik itu lebih teruk dari aku?

    sebelum aku masuk aku sempt menyanyi satu lagu ni
     " ku meniti awan yang kelabu..
    ku tempuhi lorong yang berliku..
    mencari sinaran menerangi kegelapan ku..

    ku percaya nanti suatu masa sang suria kan menyinar jua..
    membawa harapan yang mengunung bersamanya...

    elok je nak angkat kaki nak masuk rumah, aku dengar orang sebelah rumah ni sambung lagu aku tadi

    "engkau tiba bagai kan pelangi..
    tak bercahya namun kau berseri..
    tapi cukup,menghiburkan hati ini..
    bla..bla..bla..ntah apa lg aku lupa

    ALAMAK!!! rupanya selama ni ada orang dengar aku cakap, nyanyi n nangis kat balkoni tu..malu nye tuhan aje yang tau.
    sudah la kau..aku rasa anak jiran aku tu la.SIBUK JE NAK FEEL2 KAT BALKONI JUGAK PEHAL KAU..

    waaaaaaaaaa AKU tak terror masak2 ni

    Esok tggu papa datang baru g ambik Qeesya..dari hari isnin papa pesan suruh beli perut lembu, cendawan, rempah sup, sup bunjut..papa cakap nak masak sup perut..sedap tau kalo papa masak. bila balik kampung n masak kat kampung.siap kakak dia boleh minta resepi lagi. yang si suami ni apa lagi kembang semangkok la dia, last2 aku pulak yang jadi malu sal tak tau masak sup perut. ye la aku tak reti n tak suka makan perut lembu sal tu aku tak tau masak sup tu.kalo makanan yang aku suka mmg cepat je aku belajar masak.

    Satu yang aku nak kongsi dengan korang semua. si suami ni kalo dah belajar sesuatu yang baru tak pun  makan makanan yang sedap2 kat ipoh tu dia suka nak share dengan si isteri..haritu seperti biasa aku di suruh menyediakan bahan2 untuk memasak pajeri nenas. laki aku ni rajin belajar masak  dengan kawan serumah dia kat ipoh. aku pun tak berapa pandai masak pajeri nenas ni kan..hehehehe

    So pabila si suami dah bersedia untuk memasak di dapur dan si isteri buat don't know je sebab sibuk melayan si kecil bermain. dan apabila makanan siap di masak si isteri terus menghidang makanan tersebut. si isteri pun suka juga makan pajeri,ikan masin n sambal belacan waaaaaaa mmg peberet aku.

    si suami merasa sedikit kekurangan pada masakan tersebut..si suami cakap "mama kenapa pajeri yang papa masak ni nampak mcm bubur?.selalu pa masak nampak mcm berminyak sikit.si isteri dengan slumber berkata papa letak kerisik banyak kot sal tu nampak mcm bubur.tak pe la papa ni pun dah rasa pajeri dah sedap je pun" sambil menyuap makanan ke mulut.

    ishh tak puas hati plak si suami ni menelepon si ibu di kampung "mak kenapa chor masak pajeri ni nmapak mcm bubur?tak nampak minyak pun..lalu si ibu nerkata "chor tak letak rempah sikit kot..si suami terus gelak terbahak2..sampai la muka aku jadi merah dek tempias malu. hhhhhhhhhhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa papa nampak sangat mama tak pandai masak.harap si suami je masak si isteri melantak je tau.

    moral dari cerita tersebut selepas ini si isteri kena belajar masak betul2 jgn harap si suami kat dapur sorang2..papa minggu ni nak belajar masak  sup peyot lembu walau pun mama tak makan.MALU SANGAT2

    tangan yg sakit

    Tuesday 14 June 2011
    apesal la time2 aku sibuk tangan pun sibuk nak sakit..adoi aii.minggu ni ada appointment dengan wakil insurans(k.sasha)..bermula minggu depan ari SELASA, KHAMIS dan JUMAAT telah keluar memo cuti tanpa rekod untuk persiapan Mesyuarat Agong dan sambutan jubli emas persatuan pen.peg.tanah semenanjung M'sia. Bab dapat cuti ni mmg best aku nak bg tau..hehehe.belum campur hari sabtu n ahad lg yang penuh dengan aktiviti.

    Bila aku nak g berubat tangan ni???huhuhu..angin tajam?pesal org kat sini tak pernah dengar?pelik la.cadang2 nk cari orang dekat2 sini je untuk berubat.tak ada la jauh sgt sampai nk tgu balik kampung untuk  berubat tangan ni.

    makin dibiar makin sakit plak aku rasa,sampai nak ikat rambut pun take time..bukan tu je nak pegang pen untuk tulis pun terketar2..tu blum aku citer bab nak bawa kereta.emmm sedih nyer..

    GLAMORE ker..ekekkee

    Thursday 9 June 2011
    Aku nak bagi tau ni..hehehe aku ada produk baru..baru test seminggu..tapi muka aku ni susah sikit..pakai apa pun tak ada perubahan..Abg ipar aku suh pkai aku pun pakai la, punya la dok tunggu sapa la nk tegur perubahan muka aku ni..last2 ada jugak yg tegur..TQ..

    aku malas la nk promote kan..hampa tengok sendiri la kesan dia.barang2 muka ni aku takut nak promote lebih2 nanti muka hampa tukar jadi lain sat g tak pasai aku yg kena..aku cuma nk kongsi la produk ni alhamdulillah halal dan memang bebas hydrokinon..lebih kurang mcm tu la bunyi dia..tapi insyaallah tak ada kesan sampingan. mudah di pakai dan untuk yang kulit normal untuk permulaan hnya pakai  stem cell untuk malam dan bb cream untuk siang. hampa patut cuba..kalo beli kat aku boleh la aku  bg murah..pakat mai beli ramai2 na..

    insyaallah pagi esok kuar dalam Malaysia hari  ini kalo tak salah aku la..nk lg senang singgah sat kat sesawang ni www.halalcosmeticproducts.com..kalo hampa tak nampak perubahan pada muka aku, tapi aku tetap rasa perubahan bila dah lepas mandi n cuci muka.kulit muka akan rasa mcm lembab je, muka tak berminyak tau..dan yang paling penting pengiktirafan HALAL tu yang kita nak kan.

    halal_logo7
    ni pakai siang..all in one=BB cream mcm foundation

    halal_logo6
    pakai malam mcm night cream..

    amacam?glamore tak?try dulu baru tau maa..
    .......SELAMAT MENCUBA.......

    suka hati=hati suka

    Wednesday 8 June 2011
    aku rasa semua citer aku semua bab sedih je kan..ok2 malam ni aku nak citer bab suka plak..tak sabar dah nak tunggu esok weh..ari jumaat aku cuti,.nak balik jumpa anak n suami..rindunya..emm..betul ke orang cakap duduk dekat2 bau taik, duduk jauh2 bau bunge..kalo korang nak pilih yang mana??aku cakap ni berdasarkan pengalaman aku la kan..kawan2 selalu cakap n cerita bila duduk serumah dengan suami ni asyik nak gaduh je..kalo duduk jauh rindu plak..tak pe la aku tinggal dulu soalan ni..

    aku bukan nak citer sal tu, aku nak bagi tau petang tadi aku ada buka laman web SPA. just nak check status surat pengesahan dan surat skim pencen aku dah sampai kat mana..alhamdulillah kedua2 surat tu dah sampai ke SPA pada 26/5/2011..senyum meleret aku padahal surat tu tak sampai pun lg kat aku.kalo semua ok mengikut kiraan aku selewat-lewatnya lepas raya aku akan dapat kedua2 surat tu. insyaallah..


    weh..tolong bagi surat aku cepat sikit

    korang..aku dah siap buat surat pertukaran mengikut format pekeliling 1 tahun 2005..sampai je surat pengesahan kat tangan aku, surat pertukaran aku akan menyusul  kepada Dato'..korang..doa la untuk aku ye..tak kisah la kalo duduk dekat bau taik sekali pun, aku sanggup>>>deeeeeeeeeeee :) . 


    seminggu tanpa mu

    Tuesday 7 June 2011
    Minggu lepas aku balik Bukit Merah..mengikut perancangan awal..aku bawa balik Yong, along, adik n Qeesya ke kampung.coz ari sabtu kenduri anak mak jang kat Kuala Gula. Then family papa dari sitiawan akan datang n stay kat Apartment Lake Town Resort. papa cakap tak dapat balik petang jumaat tu n akan balik pagi sabtu.

    tub..tub..pukul 9pm pa hantar masej cakap on da way balik bukit merah..ma tanye kenapa tiba2 nak balik plak?pa cakap nanti tak puas jumpa n main dengan anak..mama pun sama sebenarnye..petang sabtu nenek nak bawa balik qeesya ke kampung, nenek teringin nak jage qeesya..ma tak ada apa2 alasan coz yong pun nak stay kat kampung seminggu. kalo ma tak bg nt mama keja sape nak jge qeesya kat penang?

    berat rasa hati nak lepaskan qeesya..anak mama pun tak nak kan.ma rase sedih sangat petang tu bila nenek ambil qeesya bawa naik keta..bila mama lambai anak mama terus sebik nak nangis.mama faham qeesya pun sedih nak tinggal mama kan??ma pura2 kuat tapi dalam hati mama cakap ni adalah yang pertama dan terakhir ma bagi anak mama duduk jauh walau hakikatnya mama masih mampu cari jalan penyelesaian lain.

    kalo tak setiap hari rabu mama siap2kan baju untuk g rumah mama yong nak hntar susu kat qeesya..tapi minggu ni ma tak buat semua tu..susu qeesya mama simpan baik2 dalam fridge. ma dah tak tahan rindu nak jumpa anak mama, n da last ma dah apply cuti jumaat ni.ma na balik kampung jumpa qeesya.


    down truss

    Memang letih minggu ni..apa tak nya dilanda kesibukkan..ingat satu beban besar dah siap boleh la nak rest..tengok2 datang lagi surat suh g meeting..hampagas betoi..amek kaw!!!
    selasa 7/6/2011 mesyuarat kat dewan persidangan..rabu 8/6/2011 mesyuarat kat tkt 51 DTL, khamis 9/6/2011 mesyuarat kat tkt 55 KOMTAR..itu sikit sebanyak meeting yang aku kena g..
    kalo depa tnya apa aku nak jawab wehhhhh..dah la baru lagi pastu kena g meeting besor2 plak..

    so pagi ni aku dah g meeting kat dewan persidangan ..macam ayam kampung masuk pekan la jadinya..melilau je mata,apa yang aku nak buat, kat mana nak duduk..hehehe,memang cilakak la..aku rasa macam Parlimen bersidang plak..tapi semua ok..just g dengar n makan je.pas tu aku blah balik dengan slumbernye.

    memikirkan kerja n masalah diri sendiri ni mmg boleh bagi aku down..bukan tu je..stress aku ni boleh bagi hasil tenusu aku berkurangan..sia2 aku makan homeopathy untuk banyakkan susu tapi tak ikut masa nak pump..iye la mcm mana nak pump kalo dari pukul 9am-1pm aku dok dalam bilik meeting.