• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • my little girl n fever

    Friday 9 September 2011
    Subahannallah..macam suatu mimpi yang tak boleh aku gambarkan..tapi aku nak kongsi dengan kawan2 semua.dan melalui pengalaman yang aku ada sedikit sebanyak telah membantu aku mengatasi dugaan ini.

    26 ogos 2011 - 5 sept 2011 : Cuti hari raya 

    6 Sept 2011: badan qeesya dh mula suam2 kuku, bila time malam suhu badan 38.3.tinggi jugak.tapi aku jelum dengan air asam jawa,dan biarkan dia tido tak berbaju.pukul 3 pagi baru tido.tu pun sejam je..

    7 sept 2011 : kerja mcm biasa walhal hati risau teringgat anak kat rumah pengasuh..call pengasuh tapi qeesya dh ok dan boleh sembang2 lg. habis je keja terus pecut balik rumah n terus g rumah pengasuh. kebiasaannya balik dari keja aku akan singgah rumah dulu untuk mandi, solat dan sapu sampah. Then baru akan turun semula untuk ambil qeesya. tapi hati tak senang duduk, rasa mcm terus nk jumpa qeesya n peluk2 dia. sampai rumah pengasuh tengok qeesya dah mau main, badan pun tak panas sgt tapi suam masih ada. seperti biasa      kalau bukan puasa aku akan masak n makan apa yang ada, maklum la nak isi perut sorang je.belasah aje..kalo megi yang ada megi jawapannya, kalo ikan bilis goreng dgn telur pun aku rembat.asalkan perut boleh alas n kenyang. bila pas maghrib je aku try pegang badan qeesya n test suhu badan dia.suam nya agak tinggi, then aku test guna termometer..37.9..emm ada bakat nk demam lagi malam ni(dlm hati aku). bagi makan ubat bagai, jelum dgn air asam jawa, semua aku dah buat.ntah mcm mana aku tertido dek kerana letih sgt sebab semalam aku tak tido.

    8 sept 2011 :aku terjaga balik pukul 12.05 am. terpanggil untuk pegang badan qeesya yg time tu tengah tido dalam buai...masyaallah panas nye..aku pun kelam kabut buka semua pampers n jelum dengan air."papa, badan anak panass sangat.."masej yg aku hantar pada suami. "nak papa datang ke?"pa pun balas."tak pe la pa, tggu esok je la , ni pun dh tengah malam,risau plak mama nanti."sepanjang malam aku tak tido sampai la pkul 3.12 am bila aku nak jelum badan qeesya tiba2 aku tengok mata qeesya dah juling ke atas.tangan dia genggam sambil terketar2..bernyawa mcm tak lepas.kaki kejang.ya allah anak aku!! nasib dulu aku pernah tengak adik aku sawan. abah campak dalam kolah air.adik terus sedar.tapi kat rumah aku tak ada kolah.aku pun terus kebilik air dan simbah dengan air pili. tak ada apa2 reaksi.ya allah apa yang aku nak buat. time tu cari kunci rumah pun tak jumpa,nk g ketuk rumah kakak kat depan tu. bila dah boleh keluar aku pun terus g rumah jiran depan rumah..ketuk 2,3x pun tak buka lagi.iye la pukul 3 pagi org nk buka pun fikir banyak kali.bila kakak tu buka je rumah terus dia panggil aku masuk.suami dia baca doa demam panas tiub kat ubun2 qeesya baru la dia kencing dan nangis. Alhamdulillah dah sedar anak mama.terus aku suapkan susu.sambil tu aku call k.nana minta tolong bawa qeesya ke klinik Hope Children. samapi je doct cek suhu 39.6 sangat tinggi..terus admit wad pada pukul 4.00 am. 



    p/s : 1-doct cakap kalau dah biasa demam tarik sawan you kena berhati2 sampai umur 7 hingga 8 tahun    
              sebab nanti bila dia demam dia akan tarik lagi.saya aka spare ubat untuk you bila dah keluar wad nanti
           2-bila berlakunya sawan you tak perlu goncang dan kejutkan dia..you just bagi dia baring dan mengiring 
              di sebelah bahu kiri atau kanan supaya cecair yang keluar dari mulut dia dapat keluar.then you sumbat 
              ubat di punggung dia. lepas tu terus bawa ke hospital atau klinik.
        
    YA ALLAH SEMOGA LEPAS NI AKU TAK AKAN TENGOK LAGI ANAK AKU JADI MCM NI..DAN AKU AKAN LEBIH BERHATI2 BILA QEESYA DEMAM. SEMOGA INI ADALAH PERMULAAN DAN TERAKHIR AKU MELIHATNYA..AMIN

    handmade craft (officemade)hehehe..

    dah lama..lama...dan lama sangat aku tak luahkan apa tersimpan di hati aku ni..alhamdulillah arini aku diberi kesempatan untuk men`up date' entri aku ni...dengan kesibukan di office dan rumah aku tak berpeluang menyusun jemari untuk menaip cerita2 menarik dlm blog ni..

    Apa yang aku nk kongsi selama 2 bulan ni ialah aku sibuk dengan bisnes kecil-kecilan aku dan shiela di office.ceritanya bermula begini..satu hari tu aku dgn shiela tgk2 FB tentang headband baby n handcraft menggunakan kain felt. so dengan kegilaan kami berdua telah bersetuju untuk memulakan bisnes kami 2 mggu sebelum raya. Time ni kami dah mula kumpul bahan mentah dan desing2 yang terbaik untuk pelanggan. dalam masa yang singkat je, tak sangka ramai yang berminat dengan kerja tangan kami berdua.

    kadang2 aku dan shiela sanggup bersengkang mata menyiapkan tempahan pelanggan sampai pukul 2,3 pagi.sebenarnya bukan duit yang kami kejarkan, tapi kepuasan hati. sebab aku dan shiela ni mempunyai minat yang sama. mana tak nya bab2 nak dandan n siapkan anak semua nak sama.hehehe.pendek kata dari sekecil2 benda sampai sebesar2 benda semua nk sempurna untuk anak. mula dari kaki sampai hujung rambut semua nk beli.
    ni aku lampirkan sedikit hasil kerja tangan dan tempahan pelanggan yang dah pun disiapkan





    banyak jugak tempahan sebelum dan selepas raya ni, sampaikan si shiela ni dah siapkan satu blog untuk bisnes ni..qeesyaqaisaracraft.blogspot.com dan FB qeesya qaisara craft. bab2 nak publish ni mmg aku serah sepenuhnya kat shiela.sebab dia mmg arif pasal benda2 ni. aku plak akan fokus bab2 tempahan dan produk. amacam??terbaikkkkkkkkkk... untuk maklumat lanjut dan tempahan bolehlah melayari blog dan fb kami ek..bye
     HAPPY SHOPPING