• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Besar keyakinan ku padamu YA ALLAH

    Monday 30 May 2011
    perlu ke aku tulis semua ni??
    dari mana aku  nak mula..YA ALLAH aku kah insan yang bertuah yang menjadi pilihan mu..aku tahu ada orang yang lebih banyak ujian dariku..aku tahu ada orang yang lebih susah dariku..ramai orang yang diberi ujian berbeza-beza. mungkin benar YA ALLAH ini adalah cara aku mensyukuri nikmat mu. berbekalkan semangat ini aku terus kuat menempuhi hari2 mendatang.

    nak bagi tau kat sini..waktu senja adalah waktu aku bermuhasabah diri..dan balkoni menjadi saksi aku bercakap sorang2..menangis dalam penantian..tapi sampai bila??aku berumahtangga,aku punyai suami dan anak..tapi ke mana mereka..aku sunyi..aku buntu ..bagaimana untuk aku isi jiwa yang kosong? aku adalah penggerak diri sendiri. semua aku kena lakukan sendiri..tak seperti orang lain yang sentiasa ditemani suami dan anak ke mana saja.

    dan disebabkan itu..aku simpan sebesar2 hasrat untuk merubah corak hidup aku sekarang. aku betul2 nak tukar tempat kerja, bukan aku tk serasi dengan tempat kerja sekarang hakikatnya aku nak dekat dengan suami dan anak..kerana mereka adalah segala-galanya bagi aku. kepada siapa lagi aku nak bercerita dan mengadu masalah. sanggupkah orang2 di  luar sana mendengar dan terus setia menahan telinga sedang kan mereka juga ada masalah sendiri.

    aku yakin dan akan terus berusaha..aku tak akan jemu dan berputus asa..kerana aku yakin dengan kekuasaan  mu YA ALLAH..engkau maha mengetahui atas sesuatu..engkau penentu segalanya..kau beri lah kekuatan dan panjangkan umur ku agar dapat mencapai hajatku yang satu..INSYAALLAH

    saya sayang die

    sayang kamoo juge

    qeesya o qeeysa

    Thursday 26 May 2011
    Memandangkan keadaan aku yang tinggal sendirian di rumah sewa skrg ni, aku ambil keputusan untuk cr pengasuh Qeesya yg dekat2 dgn rumah sewa.bila malam n balik keja ada juga teman nk main n sembang.hilang sikit boring n stress kat tempat keja..pada awalnya ramai jugak yang tanya boleh ke jaga anak sorang2..eii punya suka la anak aku wei..orang lain boleh apasal aku tak boleh.

    Dah bergelar ibu ni kena la sanggup hadapi cabaran, kalau mak aku boleh menlahirkan dan membesarkan 9 orang anak kenapa aku yang baru sorang ni ada orang nak pertikai plak??insayALLAH..ALLAH tu maha mengasihani dan maha memberi pertolongan kepda hamba2nya. sesungguhnya segala ketentuan ilahi itu tidak sesiapa boleh mengubahnya..

    Minggu lepas dah g jumpa pengasuh baru Qeesya..tengok mcm ok je la. tapi yang buat x selesa tu akak tu ada mengasuh sorang lg baby boy yg umur nye sebaya dgn Qeesya..dari apa yang akak tu bg tau baby boy tu sementara je die jga coz mama budak tu nak pindah ke perlis.emm harap2 nanti akak tu boleh jaga Qeesya sorang je. Bukan ape,risau jgk kalo pengasuh jge ramai2 ni, skrg byk kes pasal baby yg ditinggalkan kepada pengasuh. Bukan aku tak harap,cuma risaukan Qeesya yg masih kecil n perlukan perhatian.

    26/5/2011(khamis) g cucuk Qeesya untuk 6 bulan, bulan ni last untuk cucuk 6 bulan, pas ni g timbang untuk 9 bulan plak pada 25/08/2011(khamis) bulan puasa tu..nak tau berat anak mama dah 7.1kg..adoi patut la sampai terseliuh tangan mama pegang die.hehehe..dah tembam da anak mama sekarang ni.sejak2 minum susu campur dgn nestum isi badan die dah makin kejap plak. nurse bg tau kalo nak bg makan buah2an pun dah boleh mcm jus limau,betik n tembikai..bg rasa ckit2 dulu.lagi nurse tu pesan kalo nk beli barang mainan biar mahal ckit tak pe, coz sekarang ni barang mainan dr china amat berbahaya kerana dikuatiri diperbuat dari plastik tiruan n bahaya kalo baby masukkan dalam mulut.

     seronok dapat g jalan

    muka baru lepas kena cucuk..hehehe
    <cumell nye peluk ulat>




    berapa lama lagi?

    Tuesday 24 May 2011
    aku sedih sangat hari ni..lain yang aku tunggu lain plak yang aku terima.aku betul2 tengah tunggu SURAT PENGESAHAN PERKHIDMATAN aku.surat tu penting sangat sebab bila aku dah comfirm baru la boleh buat surat tukar ke JKPTG IPOH..tapi today aku g opis, memo pertukaran dalaman plak yang aku terima.

    bukan nak protes tapi aku rasa aku dah 3 kali tukar unit??apa sebenarnye yang korang nak?? kalo ye pun nak suruh belajar semua benda bagi la aku duduk kat unit tu 2,3 tahun.baru la nak tukar ke ape ke.ni baru dok setahun dah nak tukar unit lain plak..tak sempat nk panas punggung lagi tukar plak. memang nasib la..redha je le awak mentimun korang durian..awak menyentap awak balik yang kena..tak gitu??




    -apo nak de bueknye-

    Wednesday 18 May 2011
    EHEK..HEK..HEK..
    sedih aku..nak tau citer tak..aku ni punya la lalai.ntah apa la yang aku pikir..dah la EBM kurang pastu ingat nak buat la stok untuk my beloved baby. tapi rezeki mmg tak menyebelahi aku kali ni..menitik jugak la air mata aku pagi tu..

    kisahnye bermula selepas aku solat isyak..seperti biasa rutin malam ku ialah pump susu untuk buat stok.dalam fridge dah ada 2 botol dlm 7 oz..dah settle aku pump alhamdulillah penuh 5 oz..aku pun dengan pantas masukkan dalam fridge jugak,pas padam semua lampu apa lagi masuk bilik n zzZzZZzzzZZ la..

    Bangun pagi aku akan minum segelas air sebelum mandi..orang tua2 cakap kalo nk vitamin kena minum air segelas sebelum gosok GG.ntah kat mana relate nye kan..tak kisah la, janji aku dah amalkan.tapi bukan yang tu yang aku nk bg tau kat sini. aku nak bagi tau tiba2 aku terpandang PINTU FRIDGE AKU TAK RAPAT..huhuhu..tengok la kalo tak cayeeeeeeeeeeeeer,

    aku ker yang bersalah??emm

    dalam kepala dok kata dah habis dah stok EBM aku..apesal la aku ni, apa la yang aku dok fikir sampai lupa tutup pintu peti ais mlm tadi. aku try buka satu botol yang penuh 5oz tu. Haih* masam sungguh sampai aku pun tak sanggup nak cium kali ke-2..aku buka ketiga2 botol tersebut.jawapan nya adalah sama..EBM SUDAH BASI.mak membazirnya aku..tapi tak mo buang lagi aku sgt2 sedih n sayang nak buang.

    sabor je la..

    aku ambik keputusan untuk buang selepas balik dari keja petang nanti..
    walaupun sedih aku tetap teruskan rutin harian ku seperti biasa, kerana aku yakin SUSU IBU TAK AKAN KERING.semoga dengan redha mu YA ALLAH aku dapat teruskan niat murni ku.for u my baby...
    >qaseh nur qeesya<


    nasib baik tak meragam..

    hari jumaat lepas aku mintak balik awal 2 jam..thanks untuk bos yang sangat memahami, hope jalan tak jem nak g amek qeesya kat rumah mama yong n trus balik kampung bukit merah. dalam hati aku amat berharap qeesya tak meragam sepanjang perjalanan, maklum la sejam lebih jgk nak balik kampung ni.

    mula-mula  sampai rumah mama yong, qeesya tak tido mcm tau2 je mama nak dtg ambik ye..lepas kemas cikit bju trus je masuk kereta.mama dah setting baik punya car seat untuk anak mama ni. siap beli mainan baru lagi, bantal pun ada. hehehe..lawak la anak mama masa atas bridge anak mama sembang sorang2 sambil gelak.mama pun tergelak sekali..pastu qeesya main mainan baru yang mama beli.

    puas hati mama tgk qeesya main mainan baru tu, mana tak nya, tak sampai tol juru lagi semua mainan lepas ke bawah dah..haih mana la baling semua mainan tu. pastu ma suap puting, qeesya tarik, ma suap qeesya tarik, tangan tu asyik nk tarik je puting kat mulut.

    ma rasa anak mama dah terlampau boring kan..ma tgk pelan2 anak mama tarik bantal yang ma letak dekat hujung kaki. bila dah berjaya pegang dengan tangan terus bawa masuk dalam mulut. sedap sangat la tu dapat hisap bucu bantal dr hisap puting. emm..layan je la pic ni k.

    hisap bucu bantal..tandanya dah lapo n ngantuk la tu

    sian..kena pegang sendiri la ye.mama nak drive

    Nasib anak mama tak menangis, sempat ma panaskan EBM n bg kat qeesya minum..habis 4oz..dasyat anak mama yang tembam2 ni..hehhehe..homell...homell..alhamdulillah pukul 5.20 mama n qeesya selamat sampai bukit merah.

    hujung minggu

    Wednesday 4 May 2011
    Wah....penat sungguh cuti kali ni.tapi best sangat coz my family datang bercuti kat penang. bila mak call dari kampung kata nak mai penang apa lagi mcm lipas kudung la aku membersihkan rumah..hahaha.paling lawak skali sibuk memenuhkan menu makanan untuk family. emmm apa yang nak masak n bg my family makan kan?? main dgn kemas rumah n jaga anak ikut ati nk order je makan.senang cite call je pak hamid delivery naik motor lagi.wakakaka..

    Sup soto menjadi pilihan..sedap sangat, kredit untuk pak hamid catering..mau tak nya kakak yang sulung siap tambah 3x lagi.tak cukup mcm tu siap tapau bawa balik.hehehe..maknanya sedap la tu. bukan tu saja dengar berita dalam perut tu berisi lagi..caya lah kakak aku..makin bertambah la cucu pak din n tok mah.

    Riuh la kejap rumah aku dek bunyi tempikkan peluru memandu dari kakak sulung aku..sekali dia tempik anak dia suruh mandi fuyoo bergegar pangsapuri harmoni..adoi aii..apa nak buat dah ramai anak mcm tu la kan.
    ops! terlebih suda..hehehehe..