• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • balik kampung ber2 lagi..

    Monday 11 July 2011
    siyok sangat bila minggu lepas Penang cuti sebab menjadi tapak warisan sejarah..cuti tu hari Khamis sebenarnya..tapi beliau dah apply cuti hari jumaat sebab nak direct trus weekend. so dapat la cuti 4 hari. sedang bergumbira dengan cuti beliau yang 4 hari, suami beliau telah menghantar masej dan memberitahu bahawa dia telah terima memo untuk berkursus selama 2 minggu bermula dari 8 julai 2011 sehingga 17 julai 2011 termasuk weekend..adoi, sungguh mendukacitakan. tapi disebabkan kursus induksi maka beliau terpaksa mengiyakan aje.

    ini bermakna beliau dengan anaknya terpaksa balik together gether ke kampung yang dah sebulan tak balik dek kerana tugas2 yang tidak dapat dielakkan..lalu, berbekalkan satu azam n tekad pada pagi hari khamis  jam 8.00 am yang lepas beliau bersama anak kesayangan nya telah menyusuri jambatan pulau pinang yang telah mincipta beribu2 cerita, dan lebuhraya PLUS yang penuh dengan speed trapnya (2x dah kena saman) untuk menuju ke kampung halaman.

    nasib si anak beliau tidak meragam, kalo meragam pun beliau akan pura2 buat ignore je selagi perjuagan belum selesai..ingat senang beliau nak drive dari penang ke kampung yang mengambil masa lebih kurang sejam setengah paling lama(kalo tak jem) kalo beliau speed boleh sejam atau sejam suku(sebab tu kena saman)..ngeh..ngeh..ngeh..makan duit orang free je mereka ini.hampas betoi..

    dalam perjalanan beliau terpaksa mengcontrol jiwa.. sebab beliau rasa gementar juga dah lama tak balik berdua dengan anak.akhirnya beliau sampai ke kampung pada pukul 9.05 am. ALHAMDULILLAH..

    *malam ni beliau malas untuk mengupload gambar sepanjang perjalanan balik ke kampung..tunggu esok kalo beliau rajin dan tidak sibuk untuk meeting beliau akan upload wajah2 keriangan anak nya pulang ke kampung dengan bantuan car seat yang banyak berjasa.(tak sia2 beliau beli)

    Impian pertama sudah tercapai...YES

    Wednesday 6 July 2011
    Hari ini merupakan detik sangat manis dalam hidup aku..akhirnya apa yang aku impikan sudah tercapai. saat2 bersama anak pada ketika ini sungguh bermakna..ingin aku hamparkan sejadah, menyarungkan telekung..berdoa dan mengukir senyuman tanda kepuasan dan kesyukuran yang tidak terhingga pada mu YA ALLAH..

    alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk tinggal bersama2 dengan anak ku..yang kini telah genap 7 bulan. Kini hampir setiap hari menanti jam untuk pulang dari kerja dan mengambil qeesya di rumah pengasuh. Kekosongan hidup yang aku lalui dahulu kini telah terisi sedikit walaupun belum penuh dengan kebahagiaan.

    Sesungguhnya keredhaan atas sesuatu ujian ALLAH itu adalah tanda kesyukuran..aku redha atas segala ketentuan mu YA ALLAH, andai kebahagian yang akan aku terima nanti adalah di penghujungnya...dan aku tidak pernah henti mengucapkan syukur kepadamu..

    aku harap semuanya akan lancar dan diberi kesihatan yang sempurna untuk menjaga dan menguruskan rutin harian ku..semoga akan dipermudahkan segalanya..amin..

    hujung minggu yang terganggu!!

    Monday 4 July 2011
    hujung minggu yang lalu g jalan2 kat padang kota..saje bawa anak g jalan2..ramai la plak orang kat padang kota time tu..dah letih bejalan p pekena char koew teow dengan ABC kat Padang Kota..sambil2 berjalan lepak2 tengok orang mancing ikan..tub..tub..tub..tengok jam dah pukul 6pm.Tetiba teringat anak tak makan lg..patut la tak mau duduk asyik nk bunyi je.g cari kentang rebus,nasib baik ada..sambil suap2 anak makan.ada sorang budak lelaki tegur "akak baby tu makan apa?..Ubi kentang rebus..COMEI la nama apa akak?..aku jawab Qaseh Nur Qeesya..rupa2nya kat situ ada family budak lelaki tadi.

    Dalam hati aku dok terfikir pasai pa la budak lelaki ni ramah sangat?rupa2nya mama dia suruh datang ambik qeesya.depa nak main dengan dia..arghhhhh..tak mau la aku tengok family depa menakutkan..bukan aku nak memperlekehkan..tapi dr segi pakaian, adab dan percakapan..Masyaallah..teruk sangat kot..aku jadi serba salah..then slumber aku cakap kat budak tu.."adik ni nak makan,dr tadi dia menangis tak mau duduk sal akak tertinggal makanan dia dalam keta.ni akak pun nak balik dah".apalagi cepat2 aku ajak si suami blah dari situ.

    Sekian,hujung minggu yang terganggu.........zassssssss
    dak tembam..

    sama besar dengan papa..ngehh..ngehh

    terpejam2 mata tu kalo ambik gambo..

    hebat sungguh anak mama ni..