• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Impian pertama sudah tercapai...YES

    Wednesday 6 July 2011
    Hari ini merupakan detik sangat manis dalam hidup aku..akhirnya apa yang aku impikan sudah tercapai. saat2 bersama anak pada ketika ini sungguh bermakna..ingin aku hamparkan sejadah, menyarungkan telekung..berdoa dan mengukir senyuman tanda kepuasan dan kesyukuran yang tidak terhingga pada mu YA ALLAH..

    alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk tinggal bersama2 dengan anak ku..yang kini telah genap 7 bulan. Kini hampir setiap hari menanti jam untuk pulang dari kerja dan mengambil qeesya di rumah pengasuh. Kekosongan hidup yang aku lalui dahulu kini telah terisi sedikit walaupun belum penuh dengan kebahagiaan.

    Sesungguhnya keredhaan atas sesuatu ujian ALLAH itu adalah tanda kesyukuran..aku redha atas segala ketentuan mu YA ALLAH, andai kebahagian yang akan aku terima nanti adalah di penghujungnya...dan aku tidak pernah henti mengucapkan syukur kepadamu..

    aku harap semuanya akan lancar dan diberi kesihatan yang sempurna untuk menjaga dan menguruskan rutin harian ku..semoga akan dipermudahkan segalanya..amin..

    0 comments:

    Post a Comment