• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • balik kampung ber2 lagi..

    Monday 11 July 2011
    siyok sangat bila minggu lepas Penang cuti sebab menjadi tapak warisan sejarah..cuti tu hari Khamis sebenarnya..tapi beliau dah apply cuti hari jumaat sebab nak direct trus weekend. so dapat la cuti 4 hari. sedang bergumbira dengan cuti beliau yang 4 hari, suami beliau telah menghantar masej dan memberitahu bahawa dia telah terima memo untuk berkursus selama 2 minggu bermula dari 8 julai 2011 sehingga 17 julai 2011 termasuk weekend..adoi, sungguh mendukacitakan. tapi disebabkan kursus induksi maka beliau terpaksa mengiyakan aje.

    ini bermakna beliau dengan anaknya terpaksa balik together gether ke kampung yang dah sebulan tak balik dek kerana tugas2 yang tidak dapat dielakkan..lalu, berbekalkan satu azam n tekad pada pagi hari khamis  jam 8.00 am yang lepas beliau bersama anak kesayangan nya telah menyusuri jambatan pulau pinang yang telah mincipta beribu2 cerita, dan lebuhraya PLUS yang penuh dengan speed trapnya (2x dah kena saman) untuk menuju ke kampung halaman.

    nasib si anak beliau tidak meragam, kalo meragam pun beliau akan pura2 buat ignore je selagi perjuagan belum selesai..ingat senang beliau nak drive dari penang ke kampung yang mengambil masa lebih kurang sejam setengah paling lama(kalo tak jem) kalo beliau speed boleh sejam atau sejam suku(sebab tu kena saman)..ngeh..ngeh..ngeh..makan duit orang free je mereka ini.hampas betoi..

    dalam perjalanan beliau terpaksa mengcontrol jiwa.. sebab beliau rasa gementar juga dah lama tak balik berdua dengan anak.akhirnya beliau sampai ke kampung pada pukul 9.05 am. ALHAMDULILLAH..

    *malam ni beliau malas untuk mengupload gambar sepanjang perjalanan balik ke kampung..tunggu esok kalo beliau rajin dan tidak sibuk untuk meeting beliau akan upload wajah2 keriangan anak nya pulang ke kampung dengan bantuan car seat yang banyak berjasa.(tak sia2 beliau beli)

    0 comments:

    Post a Comment